Assalamualaikum....
Pada post kali ini,saya akan menceritakan sedikit sebanyak tentang broadband yang biasa digunakan.Broadband ini berbeza dengan broadband tanpa wayar kerana ia menjamin kelajuan internet yang lebih stabil.Selain daripada itu,broadband biasa juga menawarkan pelbagai jenis pakej yang menarik.
Sebagai contoh,TM menawarkan pakej yang pelbagai untuk melengkapi keperluan pengguna pada masa kini.Pakej yang biasa digunakan oleh pengguna ialah pakej yang menawarkan khidmat internet tanpa had dengan bayaran yang berpatutan.Bagi pengguna yang jarang menggunakan internet tapi masih lagi memerlukan internet,mereka akan memilih pakej yang menawarkan khidmat internet yang terhad dengan harga yang murah.
kepELbagAian BROadBAnd..(1)
kepELbagAian BROadBAnd..
Assalamualaikum....
Untuk pengetahuan pembaca,broadband pada zaman sekarang telah dipecahkan kepada pelbagai jenis broadband.Antara jenis broadband yang biasa digunakan pada zaman sekarang ialah broadband tanpa wayar(wireless) dan satu lagi jenis iaitu broadband biasa.Saya akan menghuraikan 2 jenis blog ini pada post yang akan datang...
KelEbiHAn brOAdBand..
Broadband memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna.Ini kerana ia mempunyai kelajuan yang lebih laju dan stabil.Bagi pengguna internet seperti saya,semestinya saya memerlukan broadband sebagai akses saya kepada internet.
Dengan adanya broadband,saya dapat memuat turun bahan-bahan dari internet dengan kelajuan yang memuaskan.Berbanding dengan perkhidmatan 'dial-up',broadband dapat menjamin kelajuan yang lebih stabil.Walaupun dial-up menawarkan harga yang murah kepada pengguna,namun ia tidak dapat menandingi perkhidmatan yang disediakan oleh broadband.Oleh itu,ramai pengguna memilih broadband sebagai sumber internet mereka.
deFiniSi BroadBAnd...
Broadband(jalur lebar) adalah perkhidmatan yang disediakan oleh penyedia servis internet(ISP) untuk pelanggan yang inginkan kelajuan internet yang lebih baik dan lebih stabil.Telekom Malaysia(TM) adalah salah satu ISP yang terkenal di kalangan pengguna internet Malaysia.
Broadband adalah satu penambahbaikan kepada perkhidmatan yang sedia ada iaitu narrowband(jalur sempit).Kedua-dua perkhidmatan ini dibezakan dengan kelebaran spektrum frekuensi yang tersedia untuk penggunaan komunikasi.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Pergi ke Indonesia naik Air Hat,
Pergi sana tengok Ungu band,
Mari kita mari lihat,
Blog tentang broadband....
Pantun diatas adalah pembuka kata bagi blog ini...Saya ingin mengucapkan selamat membaca kepada pengunjung blog ini...