Post Terakhir...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Post ini adalah yang terakhir bagi blog ini..Saya ingin mengucapkan kepada pihak yang menganjurkan pertandingan blog iaitu
Intel Malaysia bersama Malaysian Communications and Multimedia Commision (MCMC) dan MSD Technology Sdn Bhd kerana dengan adanya pertandingan seperti ini,saya dapat menambah pengetahuan sedia ada saya berkenaan tentang broadband.Selain daripada menambah ilmu saya,pertandingan ini juga telah mengajar saya untuk menggunakan internet dengan sewajar mungkin seperti membuat blog seperti ini.Sekarang saya sedar bahawa internet amat penting dalam kehidupan dan ia berkuasa mengubah pandangan orang contohnya pandangan orang sebelum ini yang mengatakan bahawa internet atau dengan lebih tepat,broadband membawa banyak keburukan.Tetapi dengan adanya internet,pandangan seperti itu akan berubah apabila mereka membaca bahan bacaan seperti yang terdapat di dalam blog ini.Atas sebab itu saya akan berusaha untuk mengubah pandangan negatif masyarakat terhadap penggunaan broadband ini dan pada pendapat saya,usaha ini akan mudah dilakukan dengan adanya sebuah nettop dan broadband.Ini akan membantu saya untuk menyebarkan kebaikan broadband ini..


Akhir kata,saya ingin sampaikan serangkap pantun..


Ungu sebuah indieband,
Anjur konsert hingga pukul lapan;
Mengapa saya inginkan brodband,
Kerana ia pelengkap kehidupan....

Broadband...

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Broadband ini ibarat sebuah jambatan yang menghubungkan saya ke serata dunia...Dengan adanya broadband ini,saya dapat melayari internet dengan pantas seterusnya dapat mencari maklumat tanpa gangguan.Maklumat yang saya perolehi dapat membantu saya dalam pembelajaran dan juga dalam kehidupan saya.Oleh itu,wajarlah broadband digelar sebagai pelengkap dalam kehidupan serba moden ini.

Sebagai pelajar,saya seharusnya mempunyai satu broadband untuk menyelusuri era globalisasi ini.Dengan ini,jelaslah pelajar amat memerlukan broadband dalam pembelajaran mereka.

Mengapa saya inginkan broadband...

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembuka kata...

Post kali ini akan saya buktikan kenapa broadband sangat diperlukan dan ia ibarat pelengkap dalam kehidupan zaman urbanisasi ini...

Kenapa broadband diperlukan?

- akses saya dengan dunia yang tanpa sempadan..

-penghubung dan pengerat silaturrahim.

-membantu pembelajaran..


Pada pendapat saya,tiga contoh penggunaan broadband ini sudah mencukupi untuk membuktikan bahawa broadband itu adalh pelengkap kepada kehidupan kita..

Ukur Kelajuan Broadband Anda!!

Assalamualaikum...

Sekarang ini terdapat pelbagai laman web yang boleh mengukur kelajuan internet anda atau dengan lebih tepat iaitu broadband anda.Anda hendaklah melakukan ujian ini beberapa kali untuk mendapat purata yang lebih tepat.

Antara laman web itu ialah


Semoga keputusan yang diperolehi adalah menyamai pakej yang anda langgan...


kepELbagAian BROadBAnd.. (2)

Assalamualaikum....


Post kali ini akan saya kongsikan sedikit sebanyak tentang brodband tanpa wayar.Broadband jenis ini amat dikenali dalam kalangan remaja.Ini disebabkan oleh aksesnya yang bebas.Pengguna dapat menggunakan internet dimana-mana sahaja dengan adanya broadband tanpa wayar.Kebanyakkan pengguna broadband jenis ini adalah terdiri daripada pengguna komputer riba.

Terdapat pelbagai jenis broadband tanpa wayar yang ditawarkan pada masa sekarang.Antara penyedia perkhidmatan internet yang menyediakan broadband tanpa wayar ialah MAXIS dan CELCOM.Dua syarikat ini telah mengenalkan perkhidmatan ini sejak beberapa tahun yang lalu.

Berikut ialah butiran broadband..

MAXIS


CELCOM

kElajUaN InterNet anDA?

my LOVEly SCh00l

my LOVEly SCh00l

PanDanGAn AnDa


ShoutMix chat widget

Broadband??